Thursday, January 19, 2012

al-fatihah untuk Ahmad Raif Nufail

Semalam, aedy tengok ade satu topik "Trend" di twitter..seperti Raif dan #PrayForRaif

Terasa ingin tahu siapa pemilik nama Raif, aedy godek semua tweets tersebut.Alangkah tersentap hati kerana pemilik nama Raif tersebut adalah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang bertarung nyawa dengan penyakit "brain damage".

Setelah tahu, aedy tak putus-putus tweet di wall sebagai tanda sokongan dan doa kepada baby Raif.
Entah berapa kali doa dan al-fatihah dipanjatkan kepada yang Maha Esa agar Raif sihat seperti sediakala.

Tak sanggup melihat seorang budak lelaki comel seperti Raif menanggung kesakitan terlantar di atas katil hospital bertarung untuk nyawanya. Raif kuat menghadapi saat-saat akhir hidupnya.

Allah lebih sayangkannya. Ahmad Raif Nufail akhirnya pergi jua menghadap ilahi.Semoga sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan gembira di sana.Raif telah dikebumikan di tanah perkuburan USJ 23 Subang Jaya.

LOTS OF LOVE FOR BABY RAIF..
al-fatihah..
Ahmad Raif Nufail
salam takziah buat keluarga




*walau tidak mengenali dengan lebih dekat si comel Raif,hati tertanya jika perkara yang sama berlaku pada anakku Izz Zikry, adakah aku kuat untuk menghadapinya.Menitis airmata kerana baby Raif.Take Care baby Raif!

No comments:

Post a Comment

click it if you're a true blogger