Showing posts with label misc. Show all posts
Showing posts with label misc. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

zero pageviews?? tolong jawab!

Assalamualaikum w.b.t

Selamat hari Isnin untuk semua blogger..pagi-pagi tadi aedy dah mengamuk bergaduh dengan abang aedy. teruk punya gaduh,aedy main campak barang kat dia..tapi lambat laun semua tu akan dilupakan..kerana air yang dicincang tak akan boleh putus..kecuali kalau tak bayar bil air memeyy la air kat umah tu kene potong ye!

(blog paling atas sekali tu sebab aedy dah klik untuk view blog, sebab tu total pageviews naik jadi 1)

Aedy masuk blogger harini terkezuts beruks tengok semua blog-blog aedy, total pageview semua jadi kosong! kenapa ek? tak pernah pulak jadi sebelum ni, padahal setting untuk total pageview aedy set untuk All Time.. peliks laa..napew ek? sape yang ada jawapan tolong kongsi ek!

PEACE! :)

Wednesday, October 10, 2012

blog baru saya - 1MBD :)


Assalamualaikum w.b.t..

Lama gilaaaaaaaaaaaaaaa tak update blog ni. Bahan tu banyak tapi malas tangan ni nak mengetik keyboard pc. Kebelakangan ni pun aedy sibuk dengan kerja sebab staff dah makin berkurang kat office ni, so paham-pahamla..kerja makin menimbun laa kat kitorang yang tinggal sekerat ni.

Di kesempatan ini jugak aedy nak bagitau korang-korang bahawasanya di dalam perut aedy yang sedia boroi nih, dah berisi! haha! Ok anak lagi! Memang kilang betul..adoi! Usia kandungan sekarang dalam 18 minggu a.k.a 4 bulan setengah. Aedy memang berharap sangat dapat baby girl kali ni, tapi hurmmm..takde rezeki lagi..2 minggu lepas aedy pegi buat scan ultrasound kat Klinik Mediviron sebelah WangsaWalkMall dan keputusannya..it's a boy again! ..hampa tapi bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t dah berikan buat Aedy dan family.

Ok dah-dah enuff..ni Aedy nak habaq mai kat cheq semuaaa...Aedy tengah mengerjakan blog baru 
(..blog ni pun dah bersarang labah-labah tak hupdate..konon la nak ade blog baru. puik!!..)
Nama blog terbaru ni : Direktori Laman Blog Malaysia . Blog ni berfungsi sebagai hub untuk para penggemar dan pembaca blog untuk search blog-blog yang famous-famous..senang citer semua blog aedy include kan dalam ni..blog dari Malaysia je tau! harap maklum! so singgah2 laa ye €€& tinggalkan link korang kat sane :p 
peace!

Monday, May 28, 2012

5 gelongsor air gila gerun sedunia #entri bergambar

Tengok gambar je gua dah gerun beb, sedangkan naik gelongsor air paling tinggi kat A'Famosa waterworld Melaka tu pun dah cuak abes pucat lesi rasa macam jantung tercabut keluar..hahaaa.. kasi usha sikit gambar-gambar 5 water slide atau gelongsor air paling menggerunkan sedunia neh...layannn zassss!

Nama : INSANO
Lokasi : Beach Park, Fortaleza, Brazil
Info : 
Gelongsor air tertinggi di dunia dengan ketinggian bersamaan bangunan 14 tingkat (41 meter). Gila gerun! sapa yang buat gelongsor ni memang gila dan sapa yang sanggup naik gelongsor ni memang dah buang tebiat agaknye.






Nama : Scorpion's Tail ( Ekor Kala Jengking..konon -.-' )
Lokasi : Noah's Ark Family Park, Wisconsin Dells, Wisconsin
Info:
Dengan ketinggian bersamaan bangunan 10 tingkat, takde lah segerun 'Insano' tapi ia adalah pengalaman gelongsor air 'gelung' yang terpanjang dan yang menggerakkan korang dalam tu ialah dengan semburan air.
Cuba kalau korang tersekat kat tengah-tengah gelongsor ni, mungkin baru timbul rasa cuak korang tu..nak jerit orang tak dengar..nak keluar pun tak boleh gak..mampus! hahah!


Nama : Summit Plummet ( Punjak Menjunam?)
Lokasi : Disney's Blizzard Beach, Walt Disney World Resort, Orlando, Florida
Info :
Dengan ketinggian bersamaan bangunan 12 tingkat, yang tertinggi di Amerika Syarikat. Nampak cambest, entah lah. Mickey Mouse muat tak naik gelongsor nih? -.-'


Nama : Leap of Faith
Lokasi :  Atlantis Resort, Paradise Island, Bahamas
Info :
Slaid bermula di bahagian atas sebuah kuil Maya palsu dan menghantar penunggang turun menjunam 60 kaki.
Apa yang thrill nye adalah korang menjunam terus masuk ke dalam akuarium yang penuh dengan ikan jerung. Yang memisahkan korang dengan jerung tu hanyalah satu tiub akrilik yang tak tau la sekukuh mana...errr ade bran? :)


Nama : The Mammoth
Lokasi : Holiday World, Santa Claus, Indiana
Info :
Sepanjang 1763 kaki (yang kira-kira sebatu 1/3), perjalanan yang luas menampilkan tujuh titik menjunam pada ketinggian hampir 70 kaki.
Yang cambest ialah korang akan merasa kegerunan selama 3 minit berputar berpusing-pusing hingga kepala pun naik pening, berbanding naik gelongsor Insano yang berdurasi 5 saat je.
Saiz rakit ia boleh memuat kan sebanyak 6 orang sekali jalan :)


Sumber petikan dari Yahoo.com



Tuesday, March 20, 2012

Digi WWWOW Awards 2012 official launch.

Assalamualaikum para blogger, para pembaca mahupun para-para sakura sekalian.

Ni den nak habaq sikit,saje rajin pulak nak menulis sebab mood tengah riang gembira di pagi-pagi hari ni ツ

Ade tak korang pernah dengar DiGi WWWOW Awards? Ia telah dirasmikan bermula tahun 2011 yang lalu dan kini ingin mengukuhkan lagi kedudukan di carta anugerah online Malaysia apabila Anugerah Internet tersebut akan muncul semula pada tahun ini khas buat semua pengguna internet di Malaysia.

Aedy tahu mesti ramai yang join Digi WWWOW Award ni tahun lepas kan? berentap untuk kategori #BloggerOfTheYear kan kan?..jom kita sorot kembali para pemenang anugerah tersebut pada tahun lepas..:-

Best Internet For All Idea : A.F.O Radio
Best Internet Good Award : Petfinder.my
Blogger of the Year : Anwar Hadi
Fave Malaysian Female Online Celebrity : Stacy
Fave Malaysian Male Online Celebrity : Nicholas Teo!
Fave Person Over 40 : Brandjontan
Fave Person Under 15 : Let It Be
Fave Tech Head : The Techno Hut
Must-Follow Personality : Anwar Hadi
Online Shop Of The Year : Karysma Beads and Sequins
Online Story Of The Year : Suzuki AFF Cup
Picture Of The Year : Beautiful White Orchid
Top Kay Poh : Lee Zi Wen
Top LOL : BlogSerius
Top Makan-Makan Expert : OhMalaysia
Video of The Year : Anwar Hadi

Last year #Anwar Hadi menang besar dengan berjaya menggondol 4 anugerah.Tahun ni aedy pasti beliau akan muncul kembali untuk merebut takhta tersebut.

Oklah dok cerita panjang tahun lepas punya, meh oden cerita tahun ni punya pulak yeeee~~
Pelancaran..atau..perasmian * haa baru betul ayat*! haha! Perasmian Anugerah internet ni akan diadakan di D'House Subang Hi-Tech Industrial Park Shah Alam pada 24 March 2012 bersamaan dengan hari sabtu ini!

Kebetulan Aedy dah dapat email yang mengatakan aedy telah dijemput untuk meramaikan dan memeriahkan lagi majlis tersebut..boleh bawak 2 orang lagi bersama aedy dan masih berfikir2, aedy nak bawak siapa pegi sane =.=' ummmmm.. ni laa rupe invitation yang aedy dapat bersama email tersebut..


Ape lagi jom pakat datang ramai-ramai okayy!! jumpe disana!!

Thursday, February 9, 2012

ringtone ayat suci al-Quran - renungan Jumaat 3#

Ok lah kali ni taknak copy paste lagi pendahuluan entri macam nombor 1# dengan 2# tadi.

Lets focus and straight to the point. cewah! cam haremmmmm #@%@$#%@

apa hukum korang duk pasang ringtone takbir raya..dan ayat-ayat suci Al-Quran tu semua? penah tak korang ambil tahu?

Nahhh, baca sendiri la, wa malas nak story morry lagi~~~

Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :

إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.



Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

a. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
b. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
c. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
d. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.

*****

Dah baca sampai habis kan? Faham bahasa melayu kan? Lu pikirr la sendiri!

*****

hukum ucapan "MERRY CHRISTMAS"- renungan Jumaat 2#

Assalamualaikum Salam Jumaat untuk para blogger dan pembaca disayangi.

Harini aedy nak kongsi sikit sedikit renungan Jumaat , penghulu segala hari. Aedy bukan nak berceramah jauh skali nak buat khutbah Jumaat..cuma nak korang semua tahu apa yang aedy ingin kongsikan harini, barangkali akan bawa perubahan besar dalam hidup korang semua.
(kalau korang perasan, pendahuluan entri ni aedy copy paste dari renungan Jumaat 1# kat bawah ni! kehkeh..pemalas nak buat ayat!! )

Ok lah, beralih kepada isi utama kita. hukum dok sebut-sebut "merry christmas". Selama ni memang wa cakap sama lu orang kan, aedy tak pernah tahu pun hukum ucapan "merry christmas" tu.. sedangkan aedy boleh dikatakan suka menyebut ucapan tersebut. kalau ada perasan, entri-entri sebelum ni ada juga ada masukkan ayat---"HoHohOOoo merry christmas!!"---

Sebab dah memang perangai aedy bila ketawa bunyi HOHOHOO ,lepastu mesti nak selit merry christmas kat belakang. Haishh! Bila dah tahu ni baru aedy terkedu, terdiam, terduduk!! (memang tengah duduk pun!! #%$%$&^$ )

Ni lah kebenaran dan al-kisah disebalik ucapan tu..renung-renungkan~~~

Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah. Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab Allah tidak memiliki anak. Allah menegaskan: “Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan” [Surah al-Ikhlas, ayat 3] Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”. Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.

Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” [Surah al-Maidah, ayat 2] Justeru kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukan bertolong-tolongan meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar Islam, hingga akhirnya mereka terasa pengiktirafan kita ke atas agama mereka.

Semua ini bukan bererti memecah-belahkan rakyat Malaysia. Ini kerana persatuan dicapai dengan masing-masing penganut agama bebas mengamalkan agama mereka, bukan dengan masing-masing penganut meraikan sesuatu yang bertentang dengan agama mereka.

*****

Haaaaa..lepas baca entri ni harap jangan lah lagi kita menyebut ucapan keramat tersebut! walaupun tujuan untuk wish member agama tersebut sekalipun!

Ada faham?? Mau ulang??

*****


hukum pakai braces - renungan Jumaat 1#

Assalamualaikum Salam Jumaat untuk para blogger dan pembaca disayangi.

Harini aedy nak kongsi sikit sedikit renungan Jumaat , penghulu segala hari. Aedy bukan nak berceramah jauh skali nak buat khutbah Jumaat..cuma nak korang semua tahu apa yang aedy ingin kongsikan harini, barangkali akan bawa perubahan besar dalam hidup korang semua.

Kat Malaysia ni seperti semua dah sedia maklum,para belia dah semakin terbuka untuk mendapatkan rawatan "braces" untuk betulkan gigi mereka yang kurang nak cantik sangat susunan nye kan. Kenapa aedy cakap 'semakin terbuka' ek?? haha sebab rakyat Malaysia ni sebenarnya penakut nak pegi jumpa dentist ! takut pada dentist tu ala-ala sama macam kita kene sorong masuk ke sarang buaya kan?! haha! Tapi sekarang macam rakyat kita ni dah rajin sikit la kot pegi klinik gigi, lagi-lagi pada yang nak buat rawatan "braces'.

Korang tahu tak apa hukum pakai "braces' tu??

Nabi bersabda :

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” (Shahih Muslim #3966)


Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulkan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.


****
Faham tak maksudnya? Hukum memakai "braces" ternyata tidak haram dan tidak menyalahi hukum Islam selagi ia bertujuan untuk kesihatan dan merawat gigi korang tu.

weeeee~~~

****


p/s : agak nya kalau pakai braces boleh jadi cantik macam Katy Perry tak?? haha.

Thursday, January 19, 2012

baucar buku.kenapa sekarang baru ada??

salam 1 bloggerss..

Blogger yang masih menuntut di universiti mahupun kolej sure sedang bergembira selepas menebus baucar buku RM200 kan..

Baucar buku memberi sedikit kemudahan pada para pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli buku dan bahan-bahan rujukan belajar.
Tapi yang aedy pasti, KEBANYAKAN student memang lah berstatus:kurang berkemampuan.. betul tak??

Kita pegi belajar hanya berbekalkan duit poket yang cukup hanya sekadar beli makan lunch..ataupun duit hanya cukup untuk keperluan seharian yang lain contohnya:-

1.Duit nak bayar yuran hostel
2.Duit nak bayar baju dobi (ni student kategori malas nak basuh baju)
3.Duit tambang bas atau tren
4.Duit minyak (student yang ada transport sendiri)
5.Duit rokok (jadi wajib kepada si perokok tegar)
6.Duit nak shopping baju (jadi wajib pada student perempuan..laki pun sama kot!)


Tapi tak pernah wujud duit poket untuk beli buku kan? kan? kan? Tak yah kelentong lah, aedy tulis ni berdasarkan pengalaman sendiri.Bila waktu memerlukan aedy pegi beli buku, mulalah jari menekan nombor telefon ayah untuk mintak duit lebih =)

Kalau dah tak mampu sangat masa tu, lecturer akan bagi pinjam buku dia & suruh kami fotostat setebal-tebal buku tersebut. ( ada tak? )

So, masa aedy belajar tahun 2007, baucar buku tak wujud dan kami-kami terpaksa fotostat buku dan nota lecturer--lepastu pergi binding pulak-- kalau nak murah kene pegi fotostat kat BORMAS tepi chowkit =p

Aedy masih simpan semua "buku fotostat" time study dulu di rak buku dalam bilik, sayang nak buang walaupun tak sedap mata memandang.

Ingatlah korang, korang sangat bertuah kerana kerajaan bermurah hati dan ambil berat dengan bagi baucar buku tersebut.Dalam istilah lain, dah ada buku-buku baru tu, silalah belajar rajin-rajin okay!


gambar ini dipinjam dari aizuddin.com

Wednesday, December 21, 2011

conteng arang ke bangunan sekolah je

Assalamualaikum..

Macam pelik je kan bunyik tajuk entry kali ni.. selalu korang dengar pepatah ibarat "menconteng arang ke muka" je kan.. tak penah lak dengar conteng arang ke bangunan sekolah..nak wat camne, sekolah takde muka..orang je yang ade muka..hahaa..

Baru-baru ni negara kita telah 'shock' sejuk beku bahana kes lelaki gay Malaysia pertama yang berkahwin kat UK.. korang ade dengar tak pasal berita tu? pegi lah search kat google atau bing.. search je nama " ARIFF ALFIAN" .. pasti banyak link yang korang boleh terjah..

Adoi malu nya laa aku sebagai rakyat Malaysia negara Islam bila dengar berita memalukan macam ni..
Korang nye perasaan lak macamne? lu pikirlah sendiri..!!

Dah la kahwin kat 'chapel' ( gereja kecil ) satu hal, bantai lak pakai baju melayu yang sinonim sangat la dengan orang melayu Malaysia..satu lagi, masih mengaku diri tu Islam sampai ke mati.Rasa nya awak tu dah kafir la encik, bukan Islam dah.Nak kata bangang tak bangang, nak kata bodoh, dia ni pandai.. belajar kat UK pun atas ihsan biasiswa petronas (klau tak silap la kan)..

Tapi apa yang aku kata conteng arang ke bangunan sekolah? haa.. sebab dia ni bekas pelajar sekolah haku, kiranya senior laa sebab dia tamat form 5 tahun 2001.. memeyy laa haku tak kenal dia, tapi reputasi sekolah, nama sekolah terus jadi 'down' ..break down..turn down.. upside down.. 'breaking dawn'? lari topik lak! Tetiba aku taknak mengaku belajar kat sekolah yang sama dengan mangkuk hayun nehh.



Glamour engkau ye wahai encik Ariff Alfian..bawak nama Malaysia, nama sekolah pun bawak sekali..hai apa nak jadi laa dunia..tunggu masa je nak padam kot..

MASYAALLAH.

Sunday, December 18, 2011

Goreng Pisang / Pisang Goreng?



Sape yang tak pernah makan tu memang tak payah duk kat malaysia lagi lah kot :p
Apa yang musykil nya adalah cara menyebut pisang goreng tu sendiri.. Orang tua-tua sebilangannya menyebut pisang goreng sebagai 'goreng pisang'..malah ada gak makcik gerai pisang goreng pun letak signboard 'goreng pisang'..

Ada tak korang terfikir pasal ni? Haaa.. Mana satu yang betul? Pisang Goreng ataupun Goreng Pisang? Jawapan paling munasabah skali ialah = Pisang Goreng.

Tolonglah betulkan bahasa kita sendiri ye kawan-kawan.. Kalau mak-mak kita sebut 'goreng pisang', tegaskan dan betulkan sebutan diorang tu..pisang goreng barulah sebutan yang betul..sama hal nya kalau kita sebut 'Nasi Goreng' tukar jadi 'Goreng Nasi'..
"mak,mak, arini nak makan 'goreng nasi' boleh tak?"
..hahaha..janggal tak bunyik nya? :p

INFO..Tahukah Anda..
1. Pisang goreng sebenarnya diperkenalkan oleh orang Portugis yang datang menjajah Tanah Melayu pada tahun 1511..
2. Ikaa tak suka makan pisang goreng. Kalau kek pisang ke atau pisang yang tak digoreng ikaa memang takde masalah nak makan,asalkan jangan pisang goreng! Hahaaaa..pelik tak pelik..

Friday, October 7, 2011

GiveAway by anis athia

bosan2 join contest..baru laa x bosan..aummm!!



credit to tha blogger : anis athia

Tuesday, September 27, 2011

beauty in hijab

story~mory, ikaa masuk contest kat blog mariawakeashima ni saje.just for fun! chill bebeyh!

"all women in world has their own beauty, but it will be beauty more when u covered your hair from mens eyes."
BEAUTY IN HIJAB :)


---------------------------------------------------------------------------

presenting this comot serabai ikaa..entering diz contest..click! wohooo! :p

Monday, July 4, 2011

OMAGAHH!


omagahh my favourite indonesian actor already married?
really? to TITI KAMAL.
yeah dude thats right. it's CHRISTIAN SUGIONO
super handsome.super hot.super sexayyy.
haha. dun care that much actually.
I love to watch all his acts. keep it up dude! <3<3<3

Wednesday, May 4, 2011

WWWOW AWARDS BY DIGI :)

hey girls yg ku sayangi comel2 molek2 belake :) [ayat nk menyentuh je! ]

arini ikaa masuk digi wwwow award contest. ntah la, x budget nak menang pun, masuk saje2, klau menang lagi bagoss kan? :)

ikaa masuk kategori MUST FOLLOW PERSONALITY & TOP MAKAN2 EXPERT

ade rezeki ade laa hasilnya, klau xde pun xpe.. terserah pada mereka & keluarga mereka laa kan!

vote fer me! [ klik pada gamba2 yg berkenaan okayy ]




for MUST FOLLOW PERSONALITY

dan dan dan..



for TOP MAKAN2 EXPERTS

terime kaseh kerana mengundi Y.B DATIN IKAA okayy! haha!


Saturday, March 5, 2011

ceritera fasal teknologi

sape yg bute teknologi kat sini?
gerenti xde kan, kalau ade takkan beliau reti baca blog ni lak kan?? haha.
hurmm, bile laa aku nk dapat keje ni, nak sangat rase gaji sendiri setelah sekian lame xkeje..
bile dapat gaji nnt macam2 aku nak beli..



henfon baru :)


beli kereta baru :)


laptop baru :)


aku ni bukan laa peminat pink, boleh kate benci arr warna pink..
tapi kalau bende warna pink tu namapk cantik apa salahnye kan :)

Friday, February 11, 2011

tebiat baru. snap gamba internet lak.



snap gamba blog laa..myspace laa..game laa
syok jugak!

gila kamera


kalau boleh tiap hari nak tangkap gamba. posing syok sendiri. bukan aku sorang. korang pun gerenti abes penah buat jugak kan. ni gambar arini. pinjam henfon mama. megapiksel besar sket banding dgn phone sendiri :)

Saturday, February 5, 2011

for my love

I light a candle every night
Sending wishes to my angels above
Keep him safe this man I love
Watch over him and show your light
Let him know
As I close my eyes to sleep
I am in his arms as I dream

Tuesday, January 25, 2011

COPYCAT or just a DIE-HARD-FANS



IM NOT AN ARTIST OR CELEBRITY EITHER. BUT I GOT TOTAL OF 27383 FRIENDS IN MYSPACE AND IT'S INCREASING DAY BY DAY.

I DIDN'T KNOW HOW I'D BEEN SO FAMOUS IN ALL SOCIAL NETWORKS. BUT AMONG ALL THE PROBLEM I HAD CAUSE OF TOO MANY FRIENDS, THE MOST I HATE ABOUT IS, EXISTING 'COPYCAT'.

THEY STARTED TO USE ALL MY PHOTOS TO MAKE THEIR OWN, TO USE AS THEIR PROFILE PICTURES, TO CHEAT OTHERS. THAT MAKES ME SICK!

I DON'T KNOW WHETHER THEY ARE CRAZY OR IDIOT OR WHAT. THEY DIDN'T FEEL ANY GUILT TO DRAG ME AS THE VICTIM IN THIS SITUATION. PEOPLE DON'T KNOW WHICH ONE IS 'REAL' ME.

THERE'S TO MANY PROFILE USING MY PICTURES AND THEY JUST USE ADVANTAGE FROM ME!
I HAD TO ANSWER MANY QUESTION PEOPLE ASK ME ABOUT THOSE 'COPYCAT'.
IM JUST TIRED TO ANSWER THE SAME, SO JUST LEAVE IT AND DON'T CARE ANYMORE.

WHAT I SET IN MY MIND IS, THOSE COPYCATS ARE JUST SOME OF MY DIE-HARD-FANS.

THANK YOU FOR USING MY PICTURES AS YOURS, YOU JUST MAKE ME MORE FAMOUS :D

click it if you're a true blogger