Wednesday, December 21, 2011

conteng arang ke bangunan sekolah je

Assalamualaikum..

Macam pelik je kan bunyik tajuk entry kali ni.. selalu korang dengar pepatah ibarat "menconteng arang ke muka" je kan.. tak penah lak dengar conteng arang ke bangunan sekolah..nak wat camne, sekolah takde muka..orang je yang ade muka..hahaa..

Baru-baru ni negara kita telah 'shock' sejuk beku bahana kes lelaki gay Malaysia pertama yang berkahwin kat UK.. korang ade dengar tak pasal berita tu? pegi lah search kat google atau bing.. search je nama " ARIFF ALFIAN" .. pasti banyak link yang korang boleh terjah..

Adoi malu nya laa aku sebagai rakyat Malaysia negara Islam bila dengar berita memalukan macam ni..
Korang nye perasaan lak macamne? lu pikirlah sendiri..!!

Dah la kahwin kat 'chapel' ( gereja kecil ) satu hal, bantai lak pakai baju melayu yang sinonim sangat la dengan orang melayu Malaysia..satu lagi, masih mengaku diri tu Islam sampai ke mati.Rasa nya awak tu dah kafir la encik, bukan Islam dah.Nak kata bangang tak bangang, nak kata bodoh, dia ni pandai.. belajar kat UK pun atas ihsan biasiswa petronas (klau tak silap la kan)..

Tapi apa yang aku kata conteng arang ke bangunan sekolah? haa.. sebab dia ni bekas pelajar sekolah haku, kiranya senior laa sebab dia tamat form 5 tahun 2001.. memeyy laa haku tak kenal dia, tapi reputasi sekolah, nama sekolah terus jadi 'down' ..break down..turn down.. upside down.. 'breaking dawn'? lari topik lak! Tetiba aku taknak mengaku belajar kat sekolah yang sama dengan mangkuk hayun nehh.



Glamour engkau ye wahai encik Ariff Alfian..bawak nama Malaysia, nama sekolah pun bawak sekali..hai apa nak jadi laa dunia..tunggu masa je nak padam kot..

MASYAALLAH.

Tuesday, December 20, 2011

SELAMI HOROSKOP ANDA - SAGITTARIUS

Sagitarrius : 23 november - 22 disember

Korang dilindungi oleh Jupiter, Dewa Pengetahuan yang amat berbakat. Korang biasanya seorang yang berdikari, sentiasa melakukan sesuatu mengikut kesukaan sendiri dan amat berkemampuan. Benda-benda berwarna ungu, merah dan oren boleh membawa nasib baik. Nombor 1, huruf J dan S, udang goreng tepung, taman awam, cermin mata hitam dan baju panas sutera juga boleh membawa tuah.

SELAMI HOROSKOP ANDA - SCORPIO

Scorpio : 24 oktober - 22 november

Si Dewa Misteri Pluto adalah bintang yang melindungi Scorpio. Korang ni pendiam, suka simpan rahsia dan sangat menarik. Benda-benda berwarna kelabu dan hitam membawa tuah kepada mereka, begitu juga dengan nombor 5, huruf E dan W, perpustakaan, getah rambut, dan skirt berplet.

SELAMI HOROSKOP ANDA - LEO

Leo : 24 julai- 23 ogos

Leo dilindungi oleh matahari dan dewa Apollo, dewa yang memiliki kuasa, kemudaan dan api kehidupan yang menjadikan Leo seorang yang angkuh, besar hati serta memiliki tahap keyakinan yang tinggi. Leo ingin menjadi orang yang penting dan mereka juga dahagakan perhatian. Benda berwarna oren, merah dan keemasan boleh membawa tuah begitu juga dengan mangga dan buahan sitrus. Nombor 3, huruf K dan U, kek,zoo, jam digital, stokin stripes dan juga jaket turut membawa tuah.

SELAMI HOROSKOP ANDA - PISCES

Pisces : 20 februari - 21 mac

Pisces dijaga dan dilindungi oleh Neptune. Kerana itulah Pisces begitu misteri. Namun begitu, Pisces amat berkuasa, kehadirannya amat menonjol dan minda amat cergas. Barang yang bertuah adalah benda-benda berwarna biru,putih dan pink. Nombor 6, huruf F dan O, jus buah, taman, bow dan riben, bantal pelbagai warna, mafela dan bunga juga akan menanbah tuah korang.

click it if you're a true blogger