Tuesday, April 24, 2012

KLMU 04/2012 Convocation@PICC Putrajaya #entri bergambar

akhirnya selepas 5 tahun, dapat juga aedy konvo. jyeahh!!
malas nak citer gempak lebih-lebih, usha je la gambar kat bawah ni ☺



Wednesday, March 28, 2012

ABPBH 2011

Okay one more entry for today.
Alang-alang tengah rajin nak mengetik keyboard ni kan..

Anugerah Bintang Popular Berita Harian atau dishortform kan; ABPBH 2011 bakal berlangsung dalam 10 hari saja lagi..Aedy dah puas mengumpul borang undi dalam paper Berita Harian setiap hari nak tengok sangat Aaron Aziz menang untuk tahun 2011 ni. Ade lah sikit, tak banyak pun borang yang aedy hantar..dalam 30 keping je kot!




ABPBH VOGUE DE VASS!! haha, sebenor benornye dah takde idea nak tulis ape pada kad tu..

Bagi yang belum mengundi tu, aedy rase dah tak sempat kot nak hantar undian lagi kan kan..so korang semua kumpul keratan yang disiarkan dalam paper Berita Harian setiap hari..dah cukup 10 keratan, pergi tebus kat Balai Berita Jalan Riong untuk 2 tiket percuma ke Anugerah Paling Berprestij di Malaysia ni wokeyh!

✌ peace.♥ love.✘ no war.

Digi WWWOW Awards 2012 official launch. #Part 2

Salam,

Baru nak update dah nak dekat seminggu dah. aedy terlalu sibuk dengan kerja, hari ini baru sempat nak update entri pasal Digi WWWOW Awards 2012 yang telah dilancarkan pada hari sabtu lepas, 24 March 2012 bertempat di D'House Digi Telco, Subang Hi-Tech Industrial Park Shah Alam.

Malas nak cerittaaaa banyak, story mory lebih pun mesti korang malas bace..kita zoom-in pada gambar2 yang sempat aedy hamek mase di sana..layannnnn zasss~~~

Pagi pukul 10:30 am. menjamu 'pecah-laju' sebelum start event


tak minat watak cosplay2 ni, tapi bukannya kene bayar pun kan untuk tangkap gambar dengan diorang =p





okay that's me. abang depan ni suka lindung muka saya mase tangkap gambar, lu bikin gua panas bro!!


our lunch! thanks NANDO'S i lurve it!


tak sah kalau tak cam-whore. peace yaww!


Okayy, Maria Elena datang selepas saya angkat kaki pulang. ohh sadis nye, tak sempat nak jumpa beliau!

Tuesday, March 20, 2012

Digi WWWOW Awards 2012 official launch.

Assalamualaikum para blogger, para pembaca mahupun para-para sakura sekalian.

Ni den nak habaq sikit,saje rajin pulak nak menulis sebab mood tengah riang gembira di pagi-pagi hari ni ツ

Ade tak korang pernah dengar DiGi WWWOW Awards? Ia telah dirasmikan bermula tahun 2011 yang lalu dan kini ingin mengukuhkan lagi kedudukan di carta anugerah online Malaysia apabila Anugerah Internet tersebut akan muncul semula pada tahun ini khas buat semua pengguna internet di Malaysia.

Aedy tahu mesti ramai yang join Digi WWWOW Award ni tahun lepas kan? berentap untuk kategori #BloggerOfTheYear kan kan?..jom kita sorot kembali para pemenang anugerah tersebut pada tahun lepas..:-

Best Internet For All Idea : A.F.O Radio
Best Internet Good Award : Petfinder.my
Blogger of the Year : Anwar Hadi
Fave Malaysian Female Online Celebrity : Stacy
Fave Malaysian Male Online Celebrity : Nicholas Teo!
Fave Person Over 40 : Brandjontan
Fave Person Under 15 : Let It Be
Fave Tech Head : The Techno Hut
Must-Follow Personality : Anwar Hadi
Online Shop Of The Year : Karysma Beads and Sequins
Online Story Of The Year : Suzuki AFF Cup
Picture Of The Year : Beautiful White Orchid
Top Kay Poh : Lee Zi Wen
Top LOL : BlogSerius
Top Makan-Makan Expert : OhMalaysia
Video of The Year : Anwar Hadi

Last year #Anwar Hadi menang besar dengan berjaya menggondol 4 anugerah.Tahun ni aedy pasti beliau akan muncul kembali untuk merebut takhta tersebut.

Oklah dok cerita panjang tahun lepas punya, meh oden cerita tahun ni punya pulak yeeee~~
Pelancaran..atau..perasmian * haa baru betul ayat*! haha! Perasmian Anugerah internet ni akan diadakan di D'House Subang Hi-Tech Industrial Park Shah Alam pada 24 March 2012 bersamaan dengan hari sabtu ini!

Kebetulan Aedy dah dapat email yang mengatakan aedy telah dijemput untuk meramaikan dan memeriahkan lagi majlis tersebut..boleh bawak 2 orang lagi bersama aedy dan masih berfikir2, aedy nak bawak siapa pegi sane =.=' ummmmm.. ni laa rupe invitation yang aedy dapat bersama email tersebut..


Ape lagi jom pakat datang ramai-ramai okayy!! jumpe disana!!

Thursday, February 9, 2012

ringtone ayat suci al-Quran - renungan Jumaat 3#

Ok lah kali ni taknak copy paste lagi pendahuluan entri macam nombor 1# dengan 2# tadi.

Lets focus and straight to the point. cewah! cam haremmmmm #@%@$#%@

apa hukum korang duk pasang ringtone takbir raya..dan ayat-ayat suci Al-Quran tu semua? penah tak korang ambil tahu?

Nahhh, baca sendiri la, wa malas nak story morry lagi~~~

Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :

إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.



Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

a. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
b. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
c. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
d. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.

*****

Dah baca sampai habis kan? Faham bahasa melayu kan? Lu pikirr la sendiri!

*****

click it if you're a true blogger