Harini aedy nak kongsi sikit sedikit renungan Jumaat , penghulu segala hari. Aedy bukan nak berceramah jauh skali nak buat khutbah Jumaat..cuma nak korang semua tahu apa yang aedy ingin kongsikan harini, barangkali akan bawa perubahan besar dalam hidup korang semua.
Kat Malaysia ni seperti semua dah sedia maklum,para belia dah semakin terbuka untuk mendapatkan rawatan "braces" untuk betulkan gigi mereka yang kurang nak cantik sangat susunan nye kan. Kenapa aedy cakap 'semakin terbuka' ek?? haha sebab rakyat Malaysia ni sebenarnya penakut nak pegi jumpa dentist ! takut pada dentist tu ala-ala sama macam kita kene sorong masuk ke sarang buaya kan?! haha! Tapi sekarang macam rakyat kita ni dah rajin sikit la kot pegi klinik gigi, lagi-lagi pada yang nak buat rawatan "braces'.
Korang tahu tak apa hukum pakai "braces' tu??
Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” (Shahih Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulkan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
****
Faham tak maksudnya? Hukum memakai "braces" ternyata tidak haram dan tidak menyalahi hukum Islam selagi ia bertujuan untuk kesihatan dan merawat gigi korang tu.
weeeee~~~
****
p/s : agak nya kalau pakai braces boleh jadi cantik macam Katy Perry tak?? haha.
No comments:
Post a Comment