Thursday, February 9, 2012

hukum ucapan "MERRY CHRISTMAS"- renungan Jumaat 2#

Assalamualaikum Salam Jumaat untuk para blogger dan pembaca disayangi.

Harini aedy nak kongsi sikit sedikit renungan Jumaat , penghulu segala hari. Aedy bukan nak berceramah jauh skali nak buat khutbah Jumaat..cuma nak korang semua tahu apa yang aedy ingin kongsikan harini, barangkali akan bawa perubahan besar dalam hidup korang semua.
(kalau korang perasan, pendahuluan entri ni aedy copy paste dari renungan Jumaat 1# kat bawah ni! kehkeh..pemalas nak buat ayat!! )

Ok lah, beralih kepada isi utama kita. hukum dok sebut-sebut "merry christmas". Selama ni memang wa cakap sama lu orang kan, aedy tak pernah tahu pun hukum ucapan "merry christmas" tu.. sedangkan aedy boleh dikatakan suka menyebut ucapan tersebut. kalau ada perasan, entri-entri sebelum ni ada juga ada masukkan ayat---"HoHohOOoo merry christmas!!"---

Sebab dah memang perangai aedy bila ketawa bunyi HOHOHOO ,lepastu mesti nak selit merry christmas kat belakang. Haishh! Bila dah tahu ni baru aedy terkedu, terdiam, terduduk!! (memang tengah duduk pun!! #%$%$&^$ )

Ni lah kebenaran dan al-kisah disebalik ucapan tu..renung-renungkan~~~

Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah. Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab Allah tidak memiliki anak. Allah menegaskan: “Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan” [Surah al-Ikhlas, ayat 3] Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”. Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.

Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” [Surah al-Maidah, ayat 2] Justeru kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukan bertolong-tolongan meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar Islam, hingga akhirnya mereka terasa pengiktirafan kita ke atas agama mereka.

Semua ini bukan bererti memecah-belahkan rakyat Malaysia. Ini kerana persatuan dicapai dengan masing-masing penganut agama bebas mengamalkan agama mereka, bukan dengan masing-masing penganut meraikan sesuatu yang bertentang dengan agama mereka.

*****

Haaaaa..lepas baca entri ni harap jangan lah lagi kita menyebut ucapan keramat tersebut! walaupun tujuan untuk wish member agama tersebut sekalipun!

Ada faham?? Mau ulang??

*****


No comments:

Post a Comment

click it if you're a true blogger