Monday, November 14, 2011

eyebag, darkcircle, spek mata rabun jauh tahap meraba.

Hai kepada blogger yang ada masalah KE-RABUN-AN ..
yang duk pakai spek mata tebal, tebal lagi make-up mak nyah duk blakang blok F tingkat 4 tu..
adakah korang semua mempunyai masalah yang sama macam yang ika hidapi sekarang ni?

EYEBAG! DARK-CIRLE!

Ikaa ni meme la rabun tahap meraba-raba, setat pakai spek masa darjah 4..
mula-mula rase mcm sakai sebab kecik2 dah kene pakai spek,kadang tu tak pakai spek gi skolah..ingat masih power sangat la tu boleh nampak papan itam kat depan..lama kelamaan rabun jadi semakin teruk, akibat degil taknak pakai spek yang tak vogue tersebut..

Masa form 3 ikaa setat bertukar kepada contact lens..rasa masa tu kalau pakai spek memang tak lawa, nak up-to-date macam member2 lain jugak..dulu masa baru berjinak-jinak, ika pakai jenama Acuvue Clear .. tengok sekarang, abes je SPM terus pakai contact lens bermacam2 warna..hijau,purple,cokelat mahupun kelabu tahi itik..hahaa.

Masalah nya ni hah, eyebag yang begitu ketara, dan dark-circle di bawah mata..hitam, macam beruang panda dah..susah nak touch up dengan make-up skali pun..gerenti masih kelihatan di situ ye.. hurmm ni laa yang tak best bagi orang yang rabun dan pakai spek mata..memang tak dapat elak.. dah beli macam2 produk utk kurangkan dark-circle tapi tak berkesan ( kerana time awal2 beli je selalu guna, lepastu campak dlm laci je buat koleksi )

Ingat nanti kalau ada duit lebih..insyaallah ikaa nak buat rawatan LASIK
Barulah tak payah pakai spek mata..contact lens pun takyah pakai dah :)
mungkin juga masalah eyebag akan berkurangan kot!


caption gambar : bukan selalu dapat tengok gambar ikaa tanpa make-up oke! tengok tu bawah mata sangat hitam kan, dah mcm mata panda :p

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

click it if you're a true blogger