Friday, January 27, 2012

tunggu kat kedai tu diam2 ye wahai BLACKBERRY STORM

esok gaji. ntah ye ke tidak esok gaji masuk. gaji masuk ke tak esok. gaji masuk ke tak masuk??

taip perkataan #gaji berulang kali sebab terlalu eksaited untuk gaji pertama kat tempat keje baru aedy XD

jangan lah tanye aedy punye gaji berape riban, ciput je kot kalau gaji besar yelah aedy canang kat satu kampung. ish ish. nak riak sikit pun tak boleh. duk je diam-diam depan maybank2u klik sampai berpuluh ratus ribu kali ( eceh tipu lettew! ) nak tengok gaji dah masuk ke belum.

aedy dah tanam azam dan semangat berkobar-kobar, first gaji tempat baru ni aedy nak kuar BLACKBERRY STORM sebijik! ok, bukan kereta mahupun rumah sebijik dua ye, hanya lah henfon halo-halo je.

ini entri pendek dan bergambar.saja letak kasi semangat tu lebey hangat dari biasa.
HoHoHoooo merry chrismas ! apahal macam @$$^%@ tetiba lak kan padahal krismas dh sebulan lepas kot.

nah tengok la ape ghupe blackberry storm yang aedy duk idam meleleh air liuq


***


***

Thursday, January 26, 2012

over-excited padahal takde benda pun.

Oh my, how i stalked into those blogs making me real excited to have back my online shop just like before. Apahal ni speaking english bajet cam bagus la kan ( kalau tengok entri sebelum2 ni sebenarnya lagi banyak entri english banding entri bahasa kebangsaan ) hohoho..

Ni tengah berjinak-jinak lah tulis entri dalam bahse kebangsaan kan ( tulis 'bahasa' pun dah salah kat situ! )

La ni masih dalam waktu bekerja-kerjaan tapi biasalah agak-agak waktu dah nak berambus balik macam ni ada la free time sikit terjah blog-blog orang kan. Terima kasih kerana menulis entri-entri yang ohsem untuk dibaca oleh aedy (cewahh)
1.Fatin Liyana - Honeykoyuki ( Blog tak basi sebab entri awak super ohsem )
2. missADot Shop ( kepunyaan mrs.yanny )
3. pastelina ( mrs.yanny punya jugak but partner with miss Shea )
4. My Amethys
5. Maria Elena punya blog - lupa nak copy link before close tab tadi !

Waduh-waduh alahai blog diorang ni memang best. Aedy duk layan entri Fatin Liyana dari lunch hour tadi sampai la dah nak pukul 6 ni ( sambil-sambil buat keje la kan ).
Pastu bila masuk ke blog online shop terasa macam nak rasa balik pengalaman lepas handle 'Myspace Shop' . Dah lama jugak aedy tak buat online shop disebabkan oleh kekangan masa dan tak tentu hala. haha. Okay, memang ada cita-cita nak buat online shop balik.



Nak tau nanti aedy buat online shop apa, jual apa, ahh korang tunggu je lah duk diam-diam kat situ


XD

XOXO

Thursday, January 19, 2012

al-fatihah untuk Ahmad Raif Nufail

Semalam, aedy tengok ade satu topik "Trend" di twitter..seperti Raif dan #PrayForRaif

Terasa ingin tahu siapa pemilik nama Raif, aedy godek semua tweets tersebut.Alangkah tersentap hati kerana pemilik nama Raif tersebut adalah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang bertarung nyawa dengan penyakit "brain damage".

Setelah tahu, aedy tak putus-putus tweet di wall sebagai tanda sokongan dan doa kepada baby Raif.
Entah berapa kali doa dan al-fatihah dipanjatkan kepada yang Maha Esa agar Raif sihat seperti sediakala.

Tak sanggup melihat seorang budak lelaki comel seperti Raif menanggung kesakitan terlantar di atas katil hospital bertarung untuk nyawanya. Raif kuat menghadapi saat-saat akhir hidupnya.

Allah lebih sayangkannya. Ahmad Raif Nufail akhirnya pergi jua menghadap ilahi.Semoga sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan gembira di sana.Raif telah dikebumikan di tanah perkuburan USJ 23 Subang Jaya.

LOTS OF LOVE FOR BABY RAIF..
al-fatihah..
Ahmad Raif Nufail
salam takziah buat keluarga




*walau tidak mengenali dengan lebih dekat si comel Raif,hati tertanya jika perkara yang sama berlaku pada anakku Izz Zikry, adakah aku kuat untuk menghadapinya.Menitis airmata kerana baby Raif.Take Care baby Raif!

baucar buku.kenapa sekarang baru ada??

salam 1 bloggerss..

Blogger yang masih menuntut di universiti mahupun kolej sure sedang bergembira selepas menebus baucar buku RM200 kan..

Baucar buku memberi sedikit kemudahan pada para pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli buku dan bahan-bahan rujukan belajar.
Tapi yang aedy pasti, KEBANYAKAN student memang lah berstatus:kurang berkemampuan.. betul tak??

Kita pegi belajar hanya berbekalkan duit poket yang cukup hanya sekadar beli makan lunch..ataupun duit hanya cukup untuk keperluan seharian yang lain contohnya:-

1.Duit nak bayar yuran hostel
2.Duit nak bayar baju dobi (ni student kategori malas nak basuh baju)
3.Duit tambang bas atau tren
4.Duit minyak (student yang ada transport sendiri)
5.Duit rokok (jadi wajib kepada si perokok tegar)
6.Duit nak shopping baju (jadi wajib pada student perempuan..laki pun sama kot!)


Tapi tak pernah wujud duit poket untuk beli buku kan? kan? kan? Tak yah kelentong lah, aedy tulis ni berdasarkan pengalaman sendiri.Bila waktu memerlukan aedy pegi beli buku, mulalah jari menekan nombor telefon ayah untuk mintak duit lebih =)

Kalau dah tak mampu sangat masa tu, lecturer akan bagi pinjam buku dia & suruh kami fotostat setebal-tebal buku tersebut. ( ada tak? )

So, masa aedy belajar tahun 2007, baucar buku tak wujud dan kami-kami terpaksa fotostat buku dan nota lecturer--lepastu pergi binding pulak-- kalau nak murah kene pegi fotostat kat BORMAS tepi chowkit =p

Aedy masih simpan semua "buku fotostat" time study dulu di rak buku dalam bilik, sayang nak buang walaupun tak sedap mata memandang.

Ingatlah korang, korang sangat bertuah kerana kerajaan bermurah hati dan ambil berat dengan bagi baucar buku tersebut.Dalam istilah lain, dah ada buku-buku baru tu, silalah belajar rajin-rajin okay!


gambar ini dipinjam dari aizuddin.com

Wednesday, January 18, 2012

tekun bekerja, twitter tak lupa..blogger..alamak lupa!

hey hey hey member2 blogger yang masih setia terjah blog2 orang sana sini situ sinun!

Selepas sekian lama tidak meng-hapdet blog, kini tora datang lagi!

Wow tak perasan pulak sejak ikaa dah setat keje baru, ikaa seakan-akan lupe macamne nak hapdet blog..kehkeh..

ade la skali dua bukak tapi lepas belek sambil bergelek,--terus sign out!---
macam takde hati dan perasaan, takde topik vavavoom nak hapdet untuk blog yang dah suram ni..

tapi yang pasti, ikaa jadi semakin rajin menghadap Twitter. yelaa ikaa dah tutup akaun FB selamanya. Klau korang search nama ikaa pun xkan jumpe lagi, atau sape yg ade friend dengan ikaa --> FB nama "DahxDe" tu ikaa la yang empunya..haha.

adoi sedih ikaa tengok blog sendiri, asal nya header yang ikaa guna sekarang tu untuk sementara waktu je sambil-sambil cari idea buat header baru, last-last melekat trus macam kene gam UHU.. hekhek! entah bila ada masa terluang lagi untuk hadap laptop yang dah lama terbiar kat ceruk bilik..hummm..

Takpe lah, sekarang ikaa kene utamakan kerja dan keluarga, twitter ngan blog peneman setia kala bosan2 tak tau nak buat hape.. korang2 rajinkan lah komen/blogwalk kat blog ikaa ni, ikaa mungkin tak hapdet post tapi skali-skala ade la jugak sign-in untuk singgah ke blog2 kesayangan untuk baca hapdet terbaru korang =)

peace..with love...

click it if you're a true blogger