Monday, May 28, 2012

5 gelongsor air gila gerun sedunia #entri bergambar

Tengok gambar je gua dah gerun beb, sedangkan naik gelongsor air paling tinggi kat A'Famosa waterworld Melaka tu pun dah cuak abes pucat lesi rasa macam jantung tercabut keluar..hahaaa.. kasi usha sikit gambar-gambar 5 water slide atau gelongsor air paling menggerunkan sedunia neh...layannn zassss!

Nama : INSANO
Lokasi : Beach Park, Fortaleza, Brazil
Info : 
Gelongsor air tertinggi di dunia dengan ketinggian bersamaan bangunan 14 tingkat (41 meter). Gila gerun! sapa yang buat gelongsor ni memang gila dan sapa yang sanggup naik gelongsor ni memang dah buang tebiat agaknye.






Nama : Scorpion's Tail ( Ekor Kala Jengking..konon -.-' )
Lokasi : Noah's Ark Family Park, Wisconsin Dells, Wisconsin
Info:
Dengan ketinggian bersamaan bangunan 10 tingkat, takde lah segerun 'Insano' tapi ia adalah pengalaman gelongsor air 'gelung' yang terpanjang dan yang menggerakkan korang dalam tu ialah dengan semburan air.
Cuba kalau korang tersekat kat tengah-tengah gelongsor ni, mungkin baru timbul rasa cuak korang tu..nak jerit orang tak dengar..nak keluar pun tak boleh gak..mampus! hahah!


Nama : Summit Plummet ( Punjak Menjunam?)
Lokasi : Disney's Blizzard Beach, Walt Disney World Resort, Orlando, Florida
Info :
Dengan ketinggian bersamaan bangunan 12 tingkat, yang tertinggi di Amerika Syarikat. Nampak cambest, entah lah. Mickey Mouse muat tak naik gelongsor nih? -.-'


Nama : Leap of Faith
Lokasi :  Atlantis Resort, Paradise Island, Bahamas
Info :
Slaid bermula di bahagian atas sebuah kuil Maya palsu dan menghantar penunggang turun menjunam 60 kaki.
Apa yang thrill nye adalah korang menjunam terus masuk ke dalam akuarium yang penuh dengan ikan jerung. Yang memisahkan korang dengan jerung tu hanyalah satu tiub akrilik yang tak tau la sekukuh mana...errr ade bran? :)


Nama : The Mammoth
Lokasi : Holiday World, Santa Claus, Indiana
Info :
Sepanjang 1763 kaki (yang kira-kira sebatu 1/3), perjalanan yang luas menampilkan tujuh titik menjunam pada ketinggian hampir 70 kaki.
Yang cambest ialah korang akan merasa kegerunan selama 3 minit berputar berpusing-pusing hingga kepala pun naik pening, berbanding naik gelongsor Insano yang berdurasi 5 saat je.
Saiz rakit ia boleh memuat kan sebanyak 6 orang sekali jalan :)


Sumber petikan dari Yahoo.com



Monday, May 21, 2012

Penjagaan kulit muka # Penting! Sila baca =)

Aedy ambil petikan dari web Yahoo hari ini,pakar dermatologi dari New York,Dr. Jeannette Graf berkongsi beberapa kesilapan penjagaan kulit yang paling biasa dilakukan oleh manusia kat bumi neh.. 


 Tidak mencuci muka anda sebelum tidur 
Bila badan dah penat balik kerja; ataupun yang duk dalam kuliah berjam-jam lamanya, mula la rasa malas nak mandi.Itu okay lagi, yang parahnya bila muka korang ada solekan dan korang terus tido dgn make-up masih menempel di muka.Tabiat seperti ini mengganggu proses pembaharuan kulit korang ketika korang sedang tidur. Tips mudah, korang perlu sentiasa ada 'wet tissue' atau 'makeup removal tissue', so paling-paling basi pun korang amik je sehelai tisu basah tu dan lap muka untuk bersihkan muka korang yang bersolekan tu.Paling afdhal sekali..pergilah basuh muka dulu sebelum tido ye.

Tidak mencuci muka anda di pagi hari
Walaupun korang dah cuci muka pada waktu malam, korang perlu mengulangi proses yang sama selepas lapan jam a.k.a lepas bangun dari tidur. Selepas proses pembaharuan kulit pada waktu malam, mungkin akan melekat toksin atau sel-sel kulit mati pada muka.Jarang orang Malaysia tak cuci muka masa mandi pagi kan? mungkin tabiat ini berlaku pada orang yang duk kat negara yang sejuk-sejuk kot..~

Menggunakan sabun mandi pada muka anda
Ia mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi menggunakan sabun deodoran atau sabun badan pada muka anda boleh mengganggu halangan lipid halus kulit. Hasilnya? Kekeringan atau kerengsaan. Atau kedua-duanya.

Alamak,terlebih basuh sudaa..
Mungkin korang yang suka pakai sabun muka jenis 'scrub' rasa sabun jenis macam tu lebih menyental sel kulit mati berbanding sabun biasa,dah habis cuci muka, korang lap pulak muka dengan tuala..siap gosok kaw-kaw punya.Hahahaa..okay itu tak bagus ye puan-puan, cik-cik.. kerana ia boleh tambah kerengsaan dan kekeringan pada kulit.
Pilihlah pembersih muka yang betul.Pastikan korang tahu jenis kulit korang, dan memilih produk korang sewajarnya.

Tidak make-up sebelum bersenam
Konon nak kontrol cun walaupun hanya nak pergi jogging kat Taman Tasik Titiwangsa, korang pun duk bersolek muka bagai nak ke kelab malam. Bulu mata pun sangkut sekali atas kelopak mata tu kot-kot tersangkut dengan mamat badan sasa waktu berjogging kan, baru lah rasa diri tu cun gilaaa. Okay chop.Itu salah satu kesalahan penjagaan muka, korang dah berpeluh-peluh + makeup tebal dimuka..apalagi jerawat akan merasa riang gembira dan teruja untuk beranak pinak di muka korang. Tak payah la bersolek sebelum pergi bersenam ye..tapi pakai  eyeliner ataupun maskara sahaja okay kot! ( sebab aedy selalu buat tu! haha!)


Jagalah muka korang yang comel sokmo tu ye..jangan bila jerawat naik baru nak membebel-bebel kat depan cermin lah duk picit jerawat dalam kelas lah..hahaha.
Ok buiiiiiii~~

click it if you're a true blogger