Sunday, December 18, 2011

Goreng Pisang / Pisang Goreng?



Sape yang tak pernah makan tu memang tak payah duk kat malaysia lagi lah kot :p
Apa yang musykil nya adalah cara menyebut pisang goreng tu sendiri.. Orang tua-tua sebilangannya menyebut pisang goreng sebagai 'goreng pisang'..malah ada gak makcik gerai pisang goreng pun letak signboard 'goreng pisang'..

Ada tak korang terfikir pasal ni? Haaa.. Mana satu yang betul? Pisang Goreng ataupun Goreng Pisang? Jawapan paling munasabah skali ialah = Pisang Goreng.

Tolonglah betulkan bahasa kita sendiri ye kawan-kawan.. Kalau mak-mak kita sebut 'goreng pisang', tegaskan dan betulkan sebutan diorang tu..pisang goreng barulah sebutan yang betul..sama hal nya kalau kita sebut 'Nasi Goreng' tukar jadi 'Goreng Nasi'..
"mak,mak, arini nak makan 'goreng nasi' boleh tak?"
..hahaha..janggal tak bunyik nya? :p

INFO..Tahukah Anda..
1. Pisang goreng sebenarnya diperkenalkan oleh orang Portugis yang datang menjajah Tanah Melayu pada tahun 1511..
2. Ikaa tak suka makan pisang goreng. Kalau kek pisang ke atau pisang yang tak digoreng ikaa memang takde masalah nak makan,asalkan jangan pisang goreng! Hahaaaa..pelik tak pelik..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

click it if you're a true blogger