Thursday, January 19, 2012

baucar buku.kenapa sekarang baru ada??

salam 1 bloggerss..

Blogger yang masih menuntut di universiti mahupun kolej sure sedang bergembira selepas menebus baucar buku RM200 kan..

Baucar buku memberi sedikit kemudahan pada para pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli buku dan bahan-bahan rujukan belajar.
Tapi yang aedy pasti, KEBANYAKAN student memang lah berstatus:kurang berkemampuan.. betul tak??

Kita pegi belajar hanya berbekalkan duit poket yang cukup hanya sekadar beli makan lunch..ataupun duit hanya cukup untuk keperluan seharian yang lain contohnya:-

1.Duit nak bayar yuran hostel
2.Duit nak bayar baju dobi (ni student kategori malas nak basuh baju)
3.Duit tambang bas atau tren
4.Duit minyak (student yang ada transport sendiri)
5.Duit rokok (jadi wajib kepada si perokok tegar)
6.Duit nak shopping baju (jadi wajib pada student perempuan..laki pun sama kot!)


Tapi tak pernah wujud duit poket untuk beli buku kan? kan? kan? Tak yah kelentong lah, aedy tulis ni berdasarkan pengalaman sendiri.Bila waktu memerlukan aedy pegi beli buku, mulalah jari menekan nombor telefon ayah untuk mintak duit lebih =)

Kalau dah tak mampu sangat masa tu, lecturer akan bagi pinjam buku dia & suruh kami fotostat setebal-tebal buku tersebut. ( ada tak? )

So, masa aedy belajar tahun 2007, baucar buku tak wujud dan kami-kami terpaksa fotostat buku dan nota lecturer--lepastu pergi binding pulak-- kalau nak murah kene pegi fotostat kat BORMAS tepi chowkit =p

Aedy masih simpan semua "buku fotostat" time study dulu di rak buku dalam bilik, sayang nak buang walaupun tak sedap mata memandang.

Ingatlah korang, korang sangat bertuah kerana kerajaan bermurah hati dan ambil berat dengan bagi baucar buku tersebut.Dalam istilah lain, dah ada buku-buku baru tu, silalah belajar rajin-rajin okay!


gambar ini dipinjam dari aizuddin.com

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

click it if you're a true blogger