Monday, May 28, 2012

5 gelongsor air gila gerun sedunia #entri bergambar

Tengok gambar je gua dah gerun beb, sedangkan naik gelongsor air paling tinggi kat A'Famosa waterworld Melaka tu pun dah cuak abes pucat lesi rasa macam jantung tercabut keluar..hahaaa.. kasi usha sikit gambar-gambar 5 water slide atau gelongsor air paling menggerunkan sedunia neh...layannn zassss!

Nama : INSANO
Lokasi : Beach Park, Fortaleza, Brazil
Info : 
Gelongsor air tertinggi di dunia dengan ketinggian bersamaan bangunan 14 tingkat (41 meter). Gila gerun! sapa yang buat gelongsor ni memang gila dan sapa yang sanggup naik gelongsor ni memang dah buang tebiat agaknye.






Nama : Scorpion's Tail ( Ekor Kala Jengking..konon -.-' )
Lokasi : Noah's Ark Family Park, Wisconsin Dells, Wisconsin
Info:
Dengan ketinggian bersamaan bangunan 10 tingkat, takde lah segerun 'Insano' tapi ia adalah pengalaman gelongsor air 'gelung' yang terpanjang dan yang menggerakkan korang dalam tu ialah dengan semburan air.
Cuba kalau korang tersekat kat tengah-tengah gelongsor ni, mungkin baru timbul rasa cuak korang tu..nak jerit orang tak dengar..nak keluar pun tak boleh gak..mampus! hahah!


Nama : Summit Plummet ( Punjak Menjunam?)
Lokasi : Disney's Blizzard Beach, Walt Disney World Resort, Orlando, Florida
Info :
Dengan ketinggian bersamaan bangunan 12 tingkat, yang tertinggi di Amerika Syarikat. Nampak cambest, entah lah. Mickey Mouse muat tak naik gelongsor nih? -.-'


Nama : Leap of Faith
Lokasi :  Atlantis Resort, Paradise Island, Bahamas
Info :
Slaid bermula di bahagian atas sebuah kuil Maya palsu dan menghantar penunggang turun menjunam 60 kaki.
Apa yang thrill nye adalah korang menjunam terus masuk ke dalam akuarium yang penuh dengan ikan jerung. Yang memisahkan korang dengan jerung tu hanyalah satu tiub akrilik yang tak tau la sekukuh mana...errr ade bran? :)


Nama : The Mammoth
Lokasi : Holiday World, Santa Claus, Indiana
Info :
Sepanjang 1763 kaki (yang kira-kira sebatu 1/3), perjalanan yang luas menampilkan tujuh titik menjunam pada ketinggian hampir 70 kaki.
Yang cambest ialah korang akan merasa kegerunan selama 3 minit berputar berpusing-pusing hingga kepala pun naik pening, berbanding naik gelongsor Insano yang berdurasi 5 saat je.
Saiz rakit ia boleh memuat kan sebanyak 6 orang sekali jalan :)


Sumber petikan dari Yahoo.com



No comments:

Post a Comment

click it if you're a true blogger